PENDIDIKAN KESENIAN MALAYSIA
SENI CATAN DALAM NEGARA
Lukisan
Bernama”Two Torks”
"Shafurdin
Habib 1997"
Medium:
Cat minyak
Lukisan
ini melihatkan 2 ekor bangau yang sedang
bertenggek di atas pohon besar.Ton warna segar hijau dan putih menggambarkan
keharmonian alam . Pengolahan ruang rata digunakan kerana jarak bangau yang jauh dan catan daun yang tampak
.Dilihat bahwa pelukis menggunakan garis lembut dan garis organic pada daun dan
bangau .Jarak antara langit menunjukkan atmosfera cetek tetapi ton warna segar dan nyaman menampakkan lukisan bangau lebih menyerlah.
Mesej
lukisan ini menggambarkan kepentingan bangau /burung sebagai pelengkap
ekosistem hutan dan dunia.Flora dan fauna amat penting dijaga dan manusia perlu
memastikan kelestarian alam berpanjangan agar bumi dilindungi dan sepsis bangau
ini akan terus berkembang dengan baik dalam ekosistem hutan dunia.
Lukisan
Bernama”Pasar ”
"Harun
Bakar "
Medium:
Cat minyak
Lukisan dikenali nama “pasar” ini dilukis oleh Harun
Bakar,seorang pelukis Malaysia .Ton warna adalah dari warna sekunder
menggabungkan warna oren ,merah kuning dan biru dan pelbagai campuran warna
lain.Suasana ceria dipaparkan dan kesibukan orang menjual di pasar jelas
kelihatan .Penggunaan ruang cetek digunakan kerana lukisan yang rapat dan
penuh.Garisan adalah tebal dan nipis dan figura sempurna bentuk badan kerana
mempamerkan kaki ,kepala dan tangan secara penuh.
Mesej
lukisan ini bermaksud kepentingan aktiviti ekonomi di pasar dan keperluan jual
beli terutama bagi wanita .Kaum wanita banyak membantu merancakkan ekonomi di
pasar seperti menjadi penjual sayur dan buah dan makanan.
Karya ini merupakan karya Pertarungan II yang telah dihasilkan oleh Amron Omar ,seorang pelukis Malaysia pada tahun 1980 dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas. Karya di atas menunjukkan pergerakan atau posisi dua figura lelaki yang sedang bertarung atau bersilat. Urat-urat tampak timbul dan jelas kelihatan pada anggota badan mereka.
Warna-warna seperti warna tanah dan warna kekuningan banyak memonopoli karya ini menunjukkan mesej garang dan berani.Pengunaan sapuan kasar dapat dilihat pada permukaaan lantai di dalam karya manakala penggunaan sapuan lembut adalah pada anggota badan pesilat bagi menunjukkan urat-urat yang timbul serta mewujudkan kesan ton warna dalam pergerakan mereka. Pelukis melukis dengan garisan halus dan campuran kasar .
Mesej lukisan ini adalah seni silat
merupakan warisan yang perlu
dipertahankan setiap waktu.Ia menjadi symbol kekuatan orang Melayu sejak
dahulu.Maka setiap pihak perlu mengambil berat akan warisan ini dan berusaha
mengekalkan seni silat ini kepada
generasi kini dan akan datang.
SENI CATAN LUAR NEGARA
Lukisan
Bernama”Mother and Child 1897”
"Pattycake
"
Medium:
pastel color
Lukisan
ini dilukis pelukis Eropah Bernama Pattycake .Ton warna harmoni iaitu hijau
digunakan menampakkan rasa bahgia dan kasih sayang dan hubungan alam. Ia menunjukkan pergerakan ibu
memegang anak kecil . Sapuan kasar dan halus tampak timbul dan jelas kelihatan pada raut
wajah dan rambut dnan pakaian . Warna-warna seperti warna hijau dan warna kekuningan banyak memonopoli karya
ini menunjukkan mesej segar dan gembira. Pengunaan sapuan kasar dapat dilihat di
belakang dinding lukisan ,
Mesej yang disampaikan adalah pentingnya hubungan kasih
sayang antara keluarga terutama ibu dan anak anak.Kasih sayang akan membuatkan
manusia lebih menghargai dan saling membantu dalam masyarakat .
Teluk Naples
Ivan Aivazovsky (Rusia).
Ivan Aivazovsky adalah seniman Rusia yang terkenal pada abad ke-19, salah satu pelukis marin yang paling terkenal dalam keseluruhan sejarah lukisan. Fokus utama karya ini adalah pada pantulan bulan di perairan teluk, yang menerangi keseluruhan keseluruhan pemandangan gelap. Lukisan ini menunjukkan aliran tekstur tanah dengan sempurna: pasir, rumput dan batu membuat kontras yang baik dengan permukaan Laut Tyrrhenian yang halus. Di sebelah kanan adalah biara Carthusian Certosa di San Martino, yang juga ditunjukkan oleh tokoh-tokoh bhikkhu berjubah putih. Lukisna ini dipenuhi dengan rasa segar dan kelembapan.Ton warna gelap banyak digunakan seperti kelabu ,oren dan jingga menampakkan mesej kesuraman malam bersama keindahan laut. Nilai pencahayaan adalah gelap dan misteri.
Mesej
yang disampaikan adalah pentingnya kita menjaga kawasan laut dan pantai,sebagai
sumber ekonomi perikanan dan alam sekitar untuk kelestarian alam dan
ekopelancongan dan menjadi sumber kehidupan manusia.
Tajuk : "Kakak dan Adik"
Artist : Basuki Abdullah (Indonesia/1971)
Cat minyak pada kanvas.





