Pengikut blog

Monday, November 1, 2021

 

PENDIDIKAN KESENIAN MALAYSIA



SENI CATAN DALAM NEGARA



Lukisan Bernama”Two Torks”

"Shafurdin Habib 1997"

Medium: Cat minyak

Lukisan ini melihatkan 2 ekor bangau  yang sedang bertenggek di atas pohon besar.Ton warna segar hijau dan putih menggambarkan keharmonian alam . Pengolahan ruang rata digunakan kerana jarak  bangau yang jauh dan catan daun yang tampak .Dilihat bahwa pelukis menggunakan garis lembut dan garis organic pada daun dan bangau .Jarak antara langit menunjukkan atmosfera cetek  tetapi ton warna  segar dan nyaman  menampakkan lukisan bangau lebih menyerlah.

 

Mesej lukisan ini menggambarkan kepentingan bangau /burung sebagai pelengkap ekosistem hutan dan dunia.Flora dan fauna amat penting dijaga dan manusia perlu memastikan kelestarian alam berpanjangan agar bumi dilindungi dan sepsis bangau ini akan terus berkembang dengan baik dalam ekosistem hutan dunia.




Lukisan Bernama”Pasar ”

"Harun Bakar "

Medium: Cat minyak

 

Lukisan  dikenali nama “pasar” ini dilukis oleh Harun Bakar,seorang pelukis Malaysia .Ton warna adalah dari warna sekunder menggabungkan warna oren ,merah kuning dan biru dan pelbagai campuran warna lain.Suasana ceria dipaparkan dan kesibukan orang menjual di pasar jelas kelihatan .Penggunaan ruang cetek digunakan kerana lukisan yang rapat dan penuh.Garisan adalah tebal dan nipis dan figura sempurna bentuk badan kerana mempamerkan kaki ,kepala dan tangan secara penuh.

 

Mesej lukisan ini bermaksud kepentingan aktiviti ekonomi di pasar dan keperluan jual beli terutama bagi wanita .Kaum wanita banyak membantu merancakkan ekonomi di pasar seperti menjadi penjual sayur dan buah dan makanan.



Karya ini  merupakan karya Pertarungan II yang telah dihasilkan oleh Amron Omar  ,seorang pelukis Malaysia pada tahun 1980 dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas. Karya di atas menunjukkan pergerakan atau posisi dua figura lelaki yang sedang bertarung atau bersilat. Urat-urat tampak timbul dan jelas kelihatan pada anggota badan mereka. 


Warna-warna seperti warna tanah dan warna kekuningan banyak memonopoli karya ini menunjukkan mesej garang dan berani.Pengunaan sapuan kasar dapat dilihat pada permukaaan lantai di dalam karya manakala penggunaan sapuan lembut adalah pada anggota badan pesilat bagi menunjukkan urat-urat yang timbul serta mewujudkan kesan ton warna dalam pergerakan mereka. Pelukis melukis dengan garisan halus dan campuran kasar .


Mesej lukisan ini adalah seni silat merupakan  warisan yang perlu dipertahankan setiap waktu.Ia menjadi symbol kekuatan orang Melayu sejak dahulu.Maka setiap pihak perlu mengambil berat akan warisan ini dan berusaha mengekalkan seni silat ini kepada  generasi kini dan akan datang.




SENI CATAN LUAR NEGARA


 



Lukisan Bernama”Mother and Child 1897”

"Pattycake "

Medium: pastel color

Lukisan ini dilukis pelukis Eropah Bernama Pattycake .Ton warna harmoni iaitu hijau digunakan menampakkan rasa bahgia dan kasih sayang dan  hubungan alam. Ia menunjukkan pergerakan ibu memegang anak kecil . Sapuan kasar dan halus  tampak timbul dan jelas kelihatan pada raut wajah dan rambut dnan pakaian . Warna-warna seperti warna hijau  dan warna kekuningan banyak memonopoli karya ini menunjukkan mesej segar dan gembira. Pengunaan sapuan kasar dapat dilihat di belakang dinding lukisan ,

 

Mesej yang disampaikan adalah pentingnya hubungan kasih sayang antara keluarga terutama ibu dan anak anak.Kasih sayang akan membuatkan manusia lebih menghargai dan saling membantu dalam masyarakat .



Teluk Naples  

Ivan Aivazovsky (Rusia).

 

Ivan Aivazovsky adalah seniman Rusia yang terkenal pada abad ke-19, salah satu pelukis marin yang paling terkenal dalam keseluruhan sejarah lukisan. Fokus utama karya ini adalah pada pantulan bulan di perairan teluk, yang menerangi keseluruhan keseluruhan pemandangan gelap. Lukisan ini menunjukkan  aliran tekstur tanah dengan sempurna: pasir, rumput dan batu membuat kontras yang baik dengan permukaan Laut Tyrrhenian yang halus. Di sebelah kanan adalah biara Carthusian Certosa di San Martino, yang juga ditunjukkan oleh tokoh-tokoh bhikkhu berjubah putih. Lukisna ini  dipenuhi dengan rasa segar dan kelembapan.Ton warna gelap banyak digunakan seperti kelabu ,oren dan jingga menampakkan mesej kesuraman malam  bersama keindahan laut. Nilai pencahayaan adalah gelap dan misteri.


Mesej yang disampaikan adalah pentingnya kita menjaga kawasan laut dan pantai,sebagai sumber ekonomi perikanan dan alam sekitar untuk kelestarian alam dan ekopelancongan dan menjadi sumber kehidupan manusia.

 



Tajuk : "Kakak dan Adik"

Artist : Basuki Abdullah (Indonesia/1971)

Cat minyak pada kanvas.

 

Lukisan Basuki Abdullah yang berjudul “Kakak dan Adik” (1978) ini merupakan salah satu karya  yang menunjukkan kekuatan penguasaan teknik realis. Dengan pencahayaan dari  tepi , figur kakak dan adik menunjukkan  ritma drama kehidupan. Dengan penguasaan proporsi dan anatomi, pelukis ini menggambarkan gerak tubuh dan ekspresi wajah mereka yang jernih tetapi matanya menatap kosong. Lukisan ini  ingin mengungkapkan empatinya pada kasih sayang dan kemanusiaan.Lukisna ini dilakarkan dengan dramatisasi cantik  dengan penuh warna dan cahaya dan ton warna suram digunakan.


Mesej lukisan ini menunjukkan realiti hubungan kakak dan adik dalam  kehidupan manusia yang pelbagai ragam dan pentingnya saling menjaga hubungan yang erat antara  keluarga mahupun dalam masyarakat agar dapat hidup dalam keadaan harmoni dan bahgia.Ibubapa perlu selalu menjaga dan memberi kasih saying sewajarnya kepada anak anak kecil mereka agar membesar menjadi rakyat yang   baik dan bertanggungjawab.

  PENDIDIKAN KESENIAN MALAYSIA SENI CATAN DALAM NEGARA Lukisan Bernama”Two Torks” "Shafurdin Habib 1997" Medium: Cat minyak ...